Definisi Pemulihan
i. Kamus
Dewan Edisi Keempat (2005: 1245,1246)
“Pulih”
bermaksud kembali seperti biasa (keadaan semula). “Pemulihan” bermaksud
perbuatan memulihkan, pengembalian kepada keadaan semula. Dalam konteks ini
konsep pemulihan merujuk kepada kanak-kanak yang menghadapi masalah dalam
pembelajaran. Pembelajaran pemulihan
biasanya dikaitkan dengan usaha untuk memperbaiki sesuatu kekurangan atau memperbetul
sesuatu.
ii.
Blair (1956)
Pemulihan
ialah program khas berbentuk tambahan bagi memenuhi keperluan kanak-kanak yang menghadapi masalah
pembelajaran agar ketidakupayaan yang menghalangnya dapat diatasi. Aktiviti pemulihan tertumpu kepada penguasaan
kemahiran.
iii.
O. C. Simpson (1975)
Aktiviti
pemulihan merupakan tindakan khas atau tindakan khusus yang diambil untuk
mengatasi keperluan pendidikan murid yang mengalami kesulitan dari segi
pembelajaran dalam kelas khas di sekolah biasa, di pusat-pusat khusus yang
dihadiri oleh murid secara sambilan, dan
dalam darjah untuk pengajaran pembelajaran biasa.
iv. Syarifah
Alawiah Alsagoff (1983)
Pemulihan ialah satu tindakan yang diambil untuk
mengatasi keperluan pendidikan murid yang mengalami kesusahan dari segi
pembelajaran dalam darjah khas di sekolah biasa, di pusat khusus yang
diasingkan daripada sekolah biasa dan dalam darjah untuk
pengajaran
pembelajaran biasa.
v.
Ishak Harun dan Koh Boh Boon
(1983)
Pemulihan
merupakan perkhidmatan khas untuk memenuhi keperluan kanak-kanak yang
menghadapi pembelajaran di sekolah biasa.
vi.
Tansley (1967) :
‘ ..satu bentuk pengajaran yang mengutamakan
langkah-langkah yang benar-benar teliti dan sistematik bagi membolehkan
pengajaran pemulihan dijalankan dengan tersusun.’
vii.
Persatuan Pendidikan Pemulihan Kebangsaan
(NARE) UK (1975):
‘..satu
program pengajaran khas yang dirangka bagi memenuhi keprluan pendidikan bagi
murid-murid yang menghadapi masalah pembelajaran dalam kalangan murid-murid di
sekolah-sekolah biasa.’
viii. Pusat Perkembangan Kurikulum, Kementerian Pelajaran Malaysia (1984):
‘...langkah-langkah
khusus yang dijalankan untuk membantu murid yang menghadapi masalah
pembelajaran tertentu dalam kemahiran asas membaca, menulis dan
mengira...hendaklah dipulihkan sebaik sahaja masalah tersebut dapat dikesan dan
ditentukan.’
ix. Bahagian Sekolah-sekolah, Kementerian Pelajaran Malaysia (1986):
‘...satu
usaha dalam pendidikan untuk mengatasi masalah pembelajaran murid-murid lemah
di sekolah-sekolah rendah, khususnya ditumpukan kepada kemahiran asas membaca,
menulis dan mengira, di bawah kelolaan guru-guru pemulihan yang telah menerima
latihan khas dalam bidang ini’.
1.4.2 Konsep
Program
Pemulihan ialah satu perkhidmatan yang diadakan khusus untuk murid-murid yang
menghadapi kesukaran dalam menguasai kemahiran asas membaca, menulis dan
mengira yang menjadi fokus utama Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah. Program
ini dikendalikan oleh guru-guru pemulihan khas.
Rumusan
Pendidikan
pemulihan ialah suatu aktiviti pengajaran dan pembelajaran alternatif untuk
membantu murid-murid yang menghadapi masalah di dalam kelas. Pelaksanaan program
pemulihan ini bertujuan supaya jurang perbezaan pencapaian di antara murid dapat dikecilkan dan mereka dapat belajar
bersama-sama dalam suasana pembelajaran yang lebih baik di dalam kelas biasa
1.4.3 Program Pemulihan
“... Setiap murid adalah berbeza antara satu dengan lain sama ada dari segi
pengalaman, tingkah laku, amalan, kecenderungan, bakat dan kebolehannya. Perbezaan individu ini perlulah menjadi satu
pedoman atau pegangan guru dalam usaha merancang pengajaran dan pembelajaran di
dalam bilik darjah...”
(Buku Panduan Am KBSR, 1982)
Menurut Ab. Rahman, et. al.
(1997), dalam konteks Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah (KBSR), program
pemulihan merupakan langkah-langkah khas yang diusahakan untuk membantu murid
yang menghadapi masalah pembelajaran tertentu dalam menguasai kemahiran asas 3M
(membaca, menulis, dan mengira). Mereka
ini kemudiannya diberikan program pemulihan sebaik-baik sahaja masalah mereka
dapat dikesan dan dikenal pasti.
Ab. Rahman et. al. (1997)
menjelaskan lagi, bahawa program pemulihan perlu dilaksanakan kepada murid yang
menghadapi masalah pembelajaran, iaitu mereka yang memperoleh pencapaian di
bawah paras yang sepatutnya. Murid-murid
seumpama ini ada di semua peringkat persekolahan, baik di luar bandar mahupun
di bandar. Masalah pembelajaran yang dihadapi oleh murid-murid ini mungkin
berupa masalah yang ringan, dan pemulihan boleh dilakukan oleh guru kelas
biasa. Bagi murid-murid yang menghadapi
masalah yang berat dan kompleks, mereka akan dikelolakan oleh guru khas
pemulihan di kelas khas.
Sebaik-baik sahaja kelemahan
dalam sesuatu kemahiran atau konsep dipulihkan, murid-murid yang diajar oleh
guru pemulihan dalam mata pelajaran Bahasa Melayu dan Matematik di kelas khas
akan dihantar semula ke kelas biasa. Sementara murid-murid pemulihan di kelas
biasa, akan diubahsuai kedudukan di dalam kelas ke kumpulan mengikut kebolehan
berdasarkan prestasi dari semasa ke semasa.
1.4.4 Rasional
i.
Dari
sudut Falsafah, program pemulihan memenuhi keperluan setiap
murid
yang ketinggalan kerana tidak dapat
belajar sepenuhnya dalam kelas biasa. Ini selaras dengan konsep “Pendidikan
Untuk Semua”.
ii.
Dari
sudut Teori, Pendekatan pengajaran seperti “Prescriptive-Diagnostic Teaching”,
“Precision Teaching”, dan Clinical
Teaching” telah terbukti berjaya yang merupakan asas kepada pelaksanaan program ini.
Dari sudut Pencegahan,
masalah yang dialami oleh setiap murid akan bertambah dan semakin menyulitkan
jika tidak ditangani dengan segera.
No comments:
Post a Comment