Saturday, September 15, 2012

RUMUSAN IMPLIKASI KEPELBAGAIAN SOSIO BUDAYA


RUMUSAN IMPLIKASI KEPELBAGAIAN SOSIO - BUDAYA

GURU

MURID

SEKOLAH

KURIKULUM TERSIRAT

-Memastikan kaedah p&p yang digunakannya dapat diterima oleh semua murid.

-Mewujudkan pergaulan yang tidak berkelompok dan tanpa sekatan budaya dan masyarakat.

-Guru perlu menerangkan kepada murid mengenai perlunya menghormati kepercayaan setiap kaum .

- Memberi ruang yang sama rata kepada semua murid untuk mengambil bahagian dalam aktiviti pembelajaran

- Guru perlu menggunakan bahasa standard kebangsaan yang boleh diterima oleh semua lapisan murid

-Murid secara bersama-sama dalam satu kumpulan besar akan sentiasa mengikut aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang berlangsung dalam bilik darjah.

- Murid harus bersosial di antara satu sama lain dalam melakukan aktiviti bagi memastikan objektif pembelajaran dapat dicapai.

- Murid juga perlu mengamalkan penggunaan bahasa yang standard dan mengelakkan unsur-unsur dialek mengikut kaum.

- Kemahiran berkomunikasi memainkan peranan penting ke arah pembentukan budaya penyayang di kalangan murid

-.Mewujudkan sekolah yang terdiri daripada pelbagai bangsa seperti sekolah kebangsaan untuk semua kaum, sekolah jenis kebangsaan Cina dan Tamil.

- Pihak berkuasa juga perlu memainkan peranan dalam membina perhubungan tersebut selain daripada sekolah.

-Program Intergrasi Untuk Perpaduan (RIMUP) adalah salah satu aktiviti yang diusahakan oleh Kementerian Pelajaran bagi memastikan perpaduan dipupuk di kalangan murid tanpa mengira latar belakang, agama, kaum, jantina dan sebagainya

- Sekolah Wawasan ditubuhkan untuk mewujudkan perpaduan dalam kalangan murid di sekolah. Sekolah ini adalah antara sekolah yang dahulunya terasing antara satu sama lain, kini disatukan dalam satu sistem pendidikan yang seragam

-Kurikulum tersirat memberi penekanan kepada persekitaran yang wujud di kalangan warga sekolah. Budaya akademik di sekolah boleh dikatakan sebagai kurikulum tersirat.

-Kurikulum tersirat juga boleh dilaksanakan melalui aktiviti ko-kurikulum seperti aktiviti berpersatuan, kegiatan panitia dan sebagainya.

-Kurikulum tersirat merangkumi nilai-nilai yang dibentuk oleh warga sekolah sendiri seperti amalan, prosedur, peraturan, pertalian dan struktur di sekolah. Ianya dijalankan secara tidak langsung seperti murid mempelajari tingkah laku baik guru, guru mempamerkan akhlak budi pekerti, hubungan rapo di antara warga sekolah dan sebagainya

No comments:

Post a Comment