Artikel
motivasi ini memaparkan ciri-ciri, sikap-sikap dan sifat-sifat atau jati diri
cemerlang orang-orang (pemimpin / usahawan) yang positif.
1. Semakin Tercabar, Semakin Kuat
Seseorang yang positif berperibadi kuat seumpama
besi waja; semakin dibakar oleh keadaan, semakin menghadapi cabaran hidup,
semakin teguh melayari kehidupan.
Seseorang yang berperibadi lemah, laksana timah atau lilin;
apabila terkena api, hancur lebur. Apabila terketuk oleh cabaran, berkecai!
Dr. Mahathir Mohamad banyak memberi contoh yang cemerlang kepada kita semua. Lagi banyak masalah yang dihadapi, lagi bertambah kuat beliau. Seperti gam "exhaust pipe", semakin kepanasan, semakin keras mencengkam! Orang lain sudah habis dan gawat idea, beliau keluar pula dengan idea yang mengejutkan!

2. Melihat Peluang Dalam Kegawatan
Orang yang negatif melihat kegawatan sebagai penghalang kemajuan. Tetapi, orang yang positif dapat melihat peluang keemasan dalam kegawatan!
Orang yang negatif melihat kegawatan sebagai penghalang kemajuan. Tetapi, orang yang positif dapat melihat peluang keemasan dalam kegawatan!
Kisah hidup
Onassis amat menarik perhatian saya. Aristotle Onassis, seorang jutawan Greek di
Argentina, asalnya adalah seorang budak miskin. Ia pindah ke Argentina dari Greek untuk membina satu
penghidupan baru di sana.
Umurnya waktu itu hanya 17 tahun.
Lepas Perang
Dunia Kedua, dunia menghadapi kemelesetan ekonomi yang sangat teruk; banyak syarikat
muflis; ramai orang yang jadi miskin dan papa, malah, ramai juga orang yang
hilang harapan. Tetapi, Onassis tidak membiarkan dirinya menjadi gagal. Ia
tekad mencari peluang dalam kekemelutan itu. Beliau telah nampak suatu peluang.
Onassis sedar yang tentera-tentera Amerika Syarikat sedang menghadapi masalah
kelebihan kapal perang; kapal-kapal tidak lagi digunakan untuk berperang. Dia
telah membeli kapal-kapal kecil tentera Amerika Syarikat itu dengan harga yang
murah. Setelah membuat sedikit-sedikit pindaan, kapal-kapal tersebut sudah
boleh digunakan bagi mengangkut barang-barang dagangan.
Onassis yang
positif telah dapat melihat peluang dalam kegawatan, manakala, orang lain yang
negatif lebih melihat halangan-halangan dalam kegawatan.
3. Sentiasa Berusaha
Bersungguh-sungguh
Seseorang yang positif berpegang kepada falsafah: kalau tidak dipecahkan ruyung manakan dapat sagunya. Fokusnya ialah untuk mencapai kejayaan; mencapai matlamat yang telah ditetapkannya dengan penuh kesungguhan dan keberanian.

Sesuai dengan
kata-kata nasihat Paul Getty, seorang bilionaire Amerika bahawa untuk mencapai
kejayaan dalam perniagaan, seseorang itu hendaklah membuat dua perkara ini:
4. Tidak
Menyalahkan Keadaan
Seseorang yang positif tidak mengeluh atau mengecam bila ditimpa musibah atau terdapat kekurangan pada dirinya. Sebaliknya ia menggunakan kekurangan-kekurangannya itu untuk kebaikan kepada dirinya serta orang lain.

Napoleon yang
kecil dan rendah iaitu 5 kaki 1 inci sahaja, selalu dipermain-mainkan oleh
rakan-rakannya di Maktab Tentera tempat ia belajar. Tambahan pula, Napoleon
ialah seseorang yang berasal dari Pulau Corsica, pulau yang dipandang tidak
begitu penting oleh orang-orang Perancis.
Kerana itu,
Napoleon telah berazam untuk menunjukkan / membuktikan kepada rakan-rakannya
yang selalu mengejek-ejeknya itu bahawa ia lebih baik daripada mereka. Ia telah
belajar ilmu ketenteraan dengan bersungguh-sungguh. Akhirnya, beliau telah
menjadi Maharaja Perancis - menakluki tiga suku Benua Eropah.
Kekurangannya
serta ejekan-ejekan dari rakan-rakannya itulah yang mendorongnya menjadi
panglima terkenal.
5. Mendengar
Dahulu Pendapat Orang Lain
Orang-orang yang positif tidak mengenepikan kecaman-kecaman musuhnya misalnya dengan terus mengatakan orang itu salah. Tetapi, ia akan mendengar kecaman-kecaman tadi dan memikirkan betulkah ia salah atau tidak. Perlu diingat, bahawa, bila orang mengecam, tentulah ada sebab-sebabnya. Kadang-kadang daripada kecaman orang lain, kita boleh dapat petunjuk untuk membaiki diri dan kerja kita.

Presiden Abraham
Lincoln pernah dikecam oleh Menteri Pertahanannya, Edward Stanton. Ia telah
digelar oleh Stanton
sebagai seorang dungu. Adakah Lincoln marah dan memecat Menteri Pertahanan itu?
Tidak! Sebaliknya, ia telah bertanya kepada Stanton mengapa ia berkata demikian? Stanton telah menerangkan bahawa langkah Lincoln memindahkan beberapa batalion tentera
ke suatu tempat itu hanya akan merugikan kerajaan Amerika Syarikat. Presiden
Lincoln yakin terhadap penjelasan Stanton
itu, lalu menarik balik rancangannya tadi.
Sebaliknya,
pemimpin-pemimpin yang tidak mengindahkan kecaman orang bahawa dasar
pentadbiran dan ekonominya tidak dapat membawa keadilan sosial kepada
rakyatnya, akhirnya, terpaksa meletakkan jawatan atau kalah di piliharaya dalam
keadaan yang mengaibkan, malah ada juga yang akhirnya dibunuh oleh rakyatnya
sendiri!!!
Inilah yang perlu
diberi perhatian oleh pemimpin-pemimpin termasuk di negara kita. Mereka bukan
sahaja perlu mendengar dengan telinga tetapi juga dengan mata, hati, dan minda terhadap setiap rintihan rakyat (pengundi) sama
ada yang tersurat atau tersirat. Jika ini dapat diamalkan, insya-Allah, rakyat
akan merasa sentiasa terbela dan terus memberi sokongan. Jika tidak, rakyat boleh bertindak balas! Rakyat adalah pelanggan yang MESTI
diberi layanan yang adil, cemerlang serta kepuasan oleh pemimpin-pemimpin
(wakil rakyat-wakil rakyat).
6. Sentiasa
Mencari Jalan Memperbaiki Diri
Orang yang positif sedar bahawa apa yang dilihat sebagai terbaik pada hari ini mungkin hanya dinilai sebagai sederhana saja sepuluh tahun akan datang. Oleh kerana itu, orang yang positif tidak henti-henti mencari jalan untuk membaiki kehidupannya / rakyatnya.

Peter
Drucker, seorang profesor ilmu pengurusan Amerika Syarikat ada berkata: "Pengurus yang berjaya sentiasa bertanya
kepada dirinya apakah yang boleh ia buat, bukan apa yang orang lain patut buat
untuk dia."
7. Sentiasa Bangun
Apabila Terjatuh
Orang yang positif tidak gemar dengan sikap suka berputus asa.
Orang yang positif tidak gemar dengan sikap suka berputus asa.
Orang yang
positif memandang sesuatu kegagalan itu pada sudut positif. Mereka memandang
kegagalan sebagai guru terbaik dalam konteks mencapai kejayaan.
Oleh kerana itu,
orang-orang yang positif walau betapa teruk pun mereka jatuh akan terus
berusaha untuk bangun semula serta berusaha mengukir kejayaan yang lebih besar
daripada sebelum mereka mengalami kegagalan / kejatuhan.
Oleh itu, janganlah sekali-kali berputus asa. Sikap berputus asa adalah amalan syaitan. Allah mencintai makhluk-makhlukNya yang positif dan cekal serta sentiasa memohon keredaanNya. Insya-Allah.
(Hakcipta Terpelihara) 2012, Taidin Suhaimin
No comments:
Post a Comment