MODUL PPG

MUAT TURUN BAHAN BMM3107
MUAT TURUN BAHAN MODUL BMM3108
MUAT TURUN BAHAN MODUL EDU3105

Kedudukan alat-alat artikulasi dan fungsinya. Klik sini
MUAT TURUN MODUL SEMESTER 6
BMM3111
BMM3112
PJM3112



PROGRAM PENSISWAZAHAN GURU


Program Pensiswazahan Guru (PPG) ini merupakan kesinambungan daripada rancangan pembangunan pendidikan dalam RMKe-9 yang mula dilaksanakan dalam tempoh RMKe-10 (2011-2015). Pelaksanaannya berdasarkan keputusan mesyuarat yang berkaitan dengan  `Strategy Package for Higher Growth and Structural Change: Human Capital for High Income Economy’ pada 24 Jun 2009 antara Unit Perancangan Ekonomi (UPE), Jabatan Perdana Menteri (JPM) dengan Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM). 

Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Lepasan Diploma (PPPLD) yang mengikuti pengajian dalam program PPG perlu mendapat Surat Kelulusan Belajar (surat kebenaran) daripada KPM. Bagi PPG Ambilan 2011, KPM telah mengeluarkan secara terus Surat Kelulusan Belajar kepada pegawai yang mengikuti pengajian melalui Pendidikan  Jarak  Jauh (PJJ) yang mematuhi syarat  dan  telah ditetapkan  atas pertimbangan, bahawa hak mengikuti pengajian ke peringkat yang lebih tinggi adalah hak individu yang tidak boleh dihadkan. Namun begitu, pegawai perlu akur dengan kedudukan perjawatan yang terhad jika mereka tidak dilantik ke jawatan lebih tinggi.

No comments:

Post a Comment